INFO


Sejarah tidak boleh menolak, peranan A.L Birch, seorang jurutera British yang membawa set radio pertama ke Malaya pada tahun 1921. Dengan kemasukan radio tersebut, maka tertubuhlah Persatuan Wireless Johor pada tahun 1923, yang memulakan siaran melalui gelombang 300 meter. Pada tahun 1925, Persatuan yang sama juga ditubuhkan di Pulau Pinang. Diikuti pula dengan penubuhan Persatuan Wireless Tanah Melayu di Kuala lumpur pada tahun 1928. Persatuan Wireless Pulau Pinang telah berjaya mendapat lesen yang juga merupakan lessen pertama dikeluarkan di Malaya pada 24 Ogos 1934 atas nama seorang ahli persatuan bernama Khoo Sian Ewe.

Penubuhan Jabatan Siaran Radio di Singapura pada 1 April 1946, secara rasmi menjadi tarikh keramat bermulanya sejarah radio di Malaya. Perkembangan dan keberkesanan Radio Malaya turut mempengaruhi Sabah & Sarawak. Ini kerana pada tahun 1952, telah menyaksi bidang penyiaran secara percubaan bermula di Borneo Utara. Pelancaran Rasmi Radio Sarawak pada tahun 1954 & Radio Sabah pada tahun berikutnya telah membawa era baru kepada rakyat Sabah & Sarawak.

Siaran langsung penurunan The Union Jack & pengisytiharan kemerdekaan yang disiarkan secara langsung oleh Radio Malaya adalah bahan sejarah yang amat penting yang telah dilaksanakan oleh Radio Malaya.

Satu demi satu peristiwa bersejarah Radio Malaya, dibawa kepada pendengarnya. Nyata Radio Malaya adalah amat penting ketika itu untuk menjadi mata, telinga dan mulut rakyat bagi menyatakan matlamat dan arah tuju pentadbiran kerajaan. Selain daripada berperanan untuk menyebar berita, Radio Malaya banyak menyiarkan kejayaan kerajaan dalam membangun Negara. Juga mewujudkan suasana harmoni di kalangan rakyat yang terdiri daripada pelbagai bangsa & agama.

Radio Malaya juga banyak memainkan peranannya dalam membentuk sahsiah diri untuk menyemarak dan memperkayakan pejuang, pelapis, pengamal seni tanah air, radio juga banyak menganjurkan pertandingan. Antaranya bintang radio yang telah melahirkan ramai bintang seni yang disegani hingga ke hari ini.

Peranan stesen radio negeri-negeri juga, banyak membantu kerajaan untuk mendengar dan menyelami permasalahan rakyat. Ini menjadikan RTM sebagai saluran yang berkesan untuk menjadi lidah rakyat & kerajaan. Menyedari masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum & etnik, RTM telah mewujudkan beberapa siaran radio yang mewakili kaum & etnik Malaysia. Keberkesanan stesen radio ini amat ketara & memberi satu impak besar kepada masyarakat. Ianya dapat kita lihat sehingga hari ini.


Penubuhan MINNALfm

Sebagai salah sebuah Stesen Radio yang berindukkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) Angkasapuri, Kuala Lumpur, MINNALfm sebenarnya lahir pada permulaannya dengan nama Rangkaian Merah pada 19 Januari 1971. Rangkaian Merah bersiaran dari 6:00 petang hingga 7:00 malam dan 9:30 malam hingga 11:00 malam pada 4.78 mes/see melalui gelombang 61 jalur meter dalam bahasa Tamil. Pada 1 Januari 1989, Rangkaian Merah diubah namanya sebagai Radio 6.

Sempena menyambut saranan semangat patriotik daripada Kementerian Penerangan Malaysia dan selaras dengan semua stesen-stesen radio seluruh Malaysia, Radio 6 turut diubah namanya menjadi Radio Malaysia Saluran 6 dengan rasminya pada 31 Ogos 1998. Seperti stesen lain, Radio Malaysia Saluran 6 sebagai sebuah media kerajaan yang berfungsi memberi maklumat dan hiburan juga bertindak sebagai jambatan yang mampu merapatkan hubungan pelbagai hala antara agensi kerajaan dan swasta dengan rakyat.

Pada 1 April 2005, dibawah Program Penjenamaan Semula RTM, kesemua 32 stesen radio RTM telah bertukar nama. Bermula saat itu, Radio Malaysia Saluran 6 kini dikenali sebagai MINNALfm. Detik itu telah menjadi titik tolak bermulanya segala perubahan yang dilakukan terhadap rancangan dan cara penyampaian di MINNALfm.



Klik pada jadual untuk melihat paparan penuh.


Operasi harian MINNALfm dikendalikan oleh 3 bahagian iaitu Bahagian Rancangan, Bahagian Kejuruteraan dan Bahagian Pentadbiran dan Kewangan.

i) Bahagian Rancangan
Bahagian ini mengendalikan semua urusan siaran dan penerbitan rancangan MINNALfm. Selain mengatur kandungan siaran MINNALfm, bahagian ini bertanggungjawab untuk liputan berita dan penyiaran berita radio MINNALfm.

ii) Bahagian Pentadbiran dan Kewangan
Bahagian ini bertanggungjawab untuk kendalian semua urusan pentabiran dan kewangan Jabatan Penyiaran Selangor termasuk urusan pengangkutan.

ii) Bahagian Kejuruteraan
Bahagian Kejuruteraan hanya dianggotai oleh 1 orang Penolong Jurutera J36 untuk menyelaras semua urusan khidmat teknikal khususnya bila melibatkan kerja-kerja liputan luar termasuk program "Radio Di Lokasi"

Sila klik pautan direktori untuk maklumat lanjut.