#jomsanthippom - Sumbangan Buku untuk SJKT



Published on 22 Jun, 2024

22 JUN 2024 ANGKASAPURI KOTA MEDIA - MINNALfm tampil sekali lagi dengan tanggungjawab sosial membantu sekolah tamil dengan mengumpulkan buku untuk kegunaan perpustakaan sekolah. Lebih 3000 buah buku berjaya dikumpulkan daripada sumbangan orang ramai. Penerbit Puan Kunasundary mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pendengar yang hadir memberikan sumbangan dan berharap program seperti ini dapat meningkatkan jumlah buku di Perpustakaan SJKT. Kesemua buku yang dikumpulkan akan diberikan kepada beberapa Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di Negeri Sembilan.