#jomsanthippom - Pengagihan Buku kepada SJKT



Published on 26 Jun, 2024

26 JUN 2024 NEGERI SEMBILAN - MINNALfm mengagihkan buku yang dikumpulkan daripada orang ramai kepada 2 buah sekolah di Negeri Sembilan iaitu SJKT Port Dickson dan SJKT Spring Hill. Rata-rata murid yang ditemui gembira kerana dapat baca lebih banyak buku serta meningkatkan pengetahuan mereka. Antara buku yang diagihkan ialah buku pengetahuan am, buku cerita, novel serta buku latihan. Buku-buku ini telah disusun di Bilik Sumber sekolah masing-masing.