#jomsanthippom - Program Pelepasan Anak Penyu Sempena Hari Laut Sedunia



Diterbitkan pada 08 Jun, 2024

8 JUN 2024 MELAKA - Sempena Hari Laut Sedunia, MINNALfm dengan kerjasama Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu, Melaka menganjurkan program pelepasan anak penyu ke laut dengan penglibatan RJ MINNALfm : RJ Kishan, RJ Tresa Lazaroo & RJ Prema Krishnan serta mahasiswa dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka - UTeM. Lebih 100 anak penyu berjaya dilepaskan ke laut sekitar pukul 7.00 malam di Pantai Padang Kemunting, Pengkalan Balak, Melaka. Pelbagai aktiviti pantai turut diadakan bagi memeriahkan suasana program serta mendekati golongan pendengar muda secara santai. Menurut Penerbit Paranthaman, program seperti ini dapat meningkatkan kesedaran golongan muda terhadap kepentingan penjagaan kebersihan pantai serta laut yang menjadi habitat hidupan seperti penyu. Seramai 50 orang terdiri daripada Staf dan RJ MINNALfm serta Penuntut UTeM, Melaka terlibat bagi menjayakan program ini yang bermula sekitar pukul 4.30 petang dan berakhir sekitar pukul 9.30 malam.