#jomsanthippom - Program edaran Bubur Lambuk MINNALfm



Diterbitkan pada 04 Apr, 2024

4 APRIL 2024 LEBUH AMPANG - MINNALfm tampil sekali lagi tahun ini dengan Program edaran Bubur Lambuk sempena bulan Ramadan kepada masyarakat sekitar lebuh Ampang. Lebih 500 pek bubur lambuk diedarkan mulai pukul 3.00 petang kepada masyarakat berbilang kaum dengan semangat perpaduan. Antara RJ yang terlibat dalam program ini ialah RJ Prema, RJ Rufina, RJ Suganya, RJ Thevy dan RJ Kishan. Menurut Penerbit, program seperti ini dapat mengeratkan silaturahim antara pendengar serta RJ MINNALfm dan pada masa yang sama menyantuni pendengar MINNALfm yang beragama Islam menjelang Hari Raya Aidilfitri.