#jomsanthippom - Kuala Kubu Baharu



Diterbitkan pada 05 Mei, 2024

5 MEI 2024 KUALA KUBU BAHARU - Jelajah #jomsanthippom kali ini turun ke Pasar Peladang / Peladang Outlet, Kuala Kubu Baharu dalam usaha mendekati pendengar setia MINNALfm. Pelbagai aktiviti menarik turut dianjurkan bersama pengunjung bagi memeriahkan program ini seperti kuiz. Kesempatan ini juga digunakan oleh RJ Buvana dan RJ Mogan untuk mengenali serta mengetahui sejarah serta keunikan Bandar Kuala Kubu Baharu daripada pengunjung, pendengar serta peminat setia RTM. Program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran RJ dari ASYIKfm iaitu RJ Kathy, RJ Asmi dan RJ Eima. Selain Pasar Peladang, Kuala Kubu Baharu, MINNALfm turut meluangkan masa bertemu pendengar setia di sekitar bandar Kuala Kubu Baharu. Keindahan alam sekitar serta tempat-tempat menarik di Kuala Kubu Baharu turut berjaya dirakam oleh pasukan Media Sosial  MINNALfm seperti di Kolam Air Panas Kuala Kubu Baharu serta Empangan Sungai Selangor Kuala Kubu Baharu untuk dikongsikan dalam media sosial MINNALfm. Menurut Penerbit Paranthaman, rata-rata mengunjung serta pendengar MINNALfm berasa sangat gembira kerana dapat bertemu serta beramah mesra bersama RJ serta mengenali tugas serta kerjaya seorang penyampai radio di lokasi.