#jomsanthippom - Keriangan bersama pelajar sempena Cuti Sekolah



Diterbitkan pada 27 Feb, 2024

27 Februari 2024 KALUMPANG - Sempena cuti sekolah, MINNALfm menganjurkan program mendekati pelajar Kem Motivasi MySkills Foundation di Kalumpang, Selangor. Pelbagai aktiviti menarik diadakan untuk memberikan semangat serta meningkatkan keyakinan diri kepada pelajar untuk terus menimba ilmu walaupun ketika cuti sekolah dalam pelbagai bidang terutamanya melibatkan kemahiran. Seramai 70 pelajar terlibat dalam program ini bersama RJ Mogan dan RJ Prema. Menurut Penerbit Puan Gayathiri, penglibatan MINNALfm dalam program seperti ini dapat mencungkil bakat pelajar terutamanya dalam bidang pengacaraan serta bidang berkaitan penyiaran radio.