#jomsanthippom - INFO ON WHEEL (IOW) Hebahan PADU



Diterbitkan pada 02 Mac, 2024

3 MAC 2024 DENGKIL - MINNALfm dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Sepang telah menjalankan aktiviti Info On Wheel di sekitar Dengkil, Selangor dalam usaha meningkatkan pendaftaran serta kemaskini maklumat dalam Pangkalan Data Utama (PADU). RJ Theyv dan RJ Buvana telah menyantuni masyarakat tamil serta membuat hebahan berkaitan PADU dalam bahasa tamil menggunakan perkhidmatan IOW JAPEN. Menurut Penerbit En Paran, selain dapat bertemu serta beramah mesra bersama masyarakat, aktiviti ini dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pendaftaran PADU oleh setiap rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan keatas.