#jomsanthippom - Hindu Nadaga Saba UM



Diterbitkan pada 26 Mei, 2024

26 MEI 2024 UNIVERSITI MALAYA - MINNALfm sekali lagi tampil memberi sokongan kepada penghasilan karya mahasiswa terutamanya dalam bidang keseniaan. Persatuan Hindu Universiti Malaya telah menghasilkan karya teater dalam Program Hindu Nadaga Saba melibatkan pelajar-pelajar tahun pertama. Rj MINNALfm iaitu RJ Kishan Dan RJ Ashwinnie terlibat secara langsung dalam satu sesi untuk mempromosikan rancangan-rancangan terbitan MINNALfm serta RTM kepada penonton yang terdiri daripada pelajar UM. Satu sesi khas turut dianjurkan dalam memberi pendedahan dari segi penghasilan drama radio oleh Penerbit Radio MINNALfm, Puan Gayathri Kanamma. Interaksi antara RJ MINNALfm bersama pelajar UM telah menceriakan lagi program ini. Menurut Penerbit, penyertaan MINNALfm dalam program seperti ini dapat mengalakkan golongan muda untuk mendengar radio MINNALfm dan mereka juga dapat turut serta dalam penerbitan rancangan radio.