Jalinan Kasih Deepavali



Diterbitkan pada 10 Nov, 2023

27 OKTOBER 2023 KLANG- MINNALfm menyantuni penghuni di Pertubuhan Kebajikan Kanak-Kanak Istimewa Klang, Selangor sempena perayaan Deepavali. Pelbagai aktiviti diadakan bagi memeriahkan sambutan seperti menyanyi dan menari bersama penyampai radio MINNALfm. Sumbangan berupa barangan keperluan perayaan Deepavali turut diberikan bagi meringankan beban mereka. Aktiviti tahunan seperti ini dianjurkan oleh MINNALfm dalam usaha merapatkan hubungan antara pendengar bersama penyampai radio RTM.

7