Hello Minnal Khas Deepavali



Diterbitkan pada 12 Okt, 2023

12 Oktober 2023 Kuala Selangor - Sempena Perayaan Deepavali, MINNALfm telah mengadakan program Radio di Lokasi (RDL) di Tadika Genius Bersinar Kuala Selangor. Dalam usaha memperkenalkan radio MINNALfm kepada generasi Alfa, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan antaranya penghasilan kolam, muruku serta perhiasan deepavali dan memperagakan pakaian tradisional masyarakat India di kalangan murid tadika. Menurut penerbit Puan Kunasundary Nagarajah, aktiviti dilaksanakan sebagai usaha murni MINNALfm dalam menerapkan elemen tradisi dalam kalangan generasi Alfa untuk mengenali, menghayati serta mempelajari amalan turun temurun masyarakat india. Program turut dimeriahkan dengan penglibatan RJ Teresa bersama 50 murid tadika serta 5 guru. Rakaman program khas Deepavali ini akan disiarkan dalam rancangan "Hello Minnal" pada 11 November 2023 (Sabtu) pada pukul 9.10 pagi.