Vimarsagan Appreciation Awards 2023



Diterbitkan pada 25 Okt, 2023

25 Oktober 2023 Putra World Trade Centre KL - MiNNALfm tampil sekali lagi sebagai stesen radio bahasa tamil yang dikagumi oleh masyarakat di Malaysia dengan pengiktirafan melalui penerimaan pelbagai anugerah. RJ Kishan (Kishanraj Nagarajan) mengharumkan lagi nama MINNALfm secara khususnya dan RTM secara amnya setelah menerima anugerah " Vimarsagan Appreciation Awards 2023" dalam satu majlis gilang gemilang yang dianjurkan oleh Vimarsagan Media (Media dalam talian) di ibu negara. Cara penyampaian serta bakat dalam industri kreatif memberikan kelebihan kepada RJ Kishan untuk dipilih sebagai penerima anugerah tersebut. Tahniah kepada beliau.