Thaalam Khas Deepavali



Diterbitkan pada 16 Okt, 2023

16 Oktober 2023 - Rakaman rancangan "Thaalam" khas Deepavali berlangsung di Studio Muzik 1, Wisma Radio, Angkasapuri Kota Media. Rakaman ini diserikan dengan gandingan bakat baharu dan lama dalam industri kreatif tanah air. Persembahan nyanyian serta komedi bakal memeriahkan sambutan deepavali ini dengan penampilan Bawani Selvam , Shastan Kurup Silvarajah, Suganya Laxshmi Jegathesan, Loganathan Kanabathy, Ramesh Thanapal dan Ramesh Ponnusamy dalam rancangan khas Muzikal "Thaalam" yang akan bersiaran pada 12 November 2023 (Ahad) pukul 1.15 petang. Menurut Penerbit RJ Prema dan Penolong Penerbit Sakuntalah, rancangan ini turut menampilkan RJ Thev dalam menaikkan mood perayaan di kalangan masyarakat india yang mendengar MINNALfm.