Diterbitkan pada 25 Okt, 2023
25 Oktober 2023 Jalan Tengku Kelana (Little India Klang) - Sebagai menyahut seruan kerajaan, MINNALfm sekali lagi tampil dalam usaha mendekati masyarakat B40 untuk meringankan beban mereka ketika sambutan Deepavali. Seramai 20 kanak-kanak (Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Saraswaty, Jalan Kelang Lama) daripada keluarga B40 diraikan dalam satu program di salah sebuah pusat pakaian di Little India Klang. Kemeriahan sambutan terus dirasai apabila kanak-kanak ini memilih sendiri pakaian mereka sempena sambutan Deepavali. Menurut RJ Prema, usaha seperti ini menjadi tradisi MINNALfm terutamanya ketika musim perayaan dalam usaha membantu masyarakat yang kurang bernasib baik dan berharap program Khidmat masyarakat (CSR) ini diteruskan pada tahun-tahun akan datang.