Liputan Khas Persiapan Deepavali Di Little India, Klang



Diterbitkan pada 21 Okt, 2023

21 Oktober 2023 Jalan Tengku Kelana (Little India Klang) - Kemeriahan sambutan Deepavali terus dirasai di kalangan masyarakat india. Dengan hari sambutan hanya berbaki 21 hari sahaja, masyarakat india seluruh negara datang ke Little India Klang untuk meluangkan masa hujung minggu dengan membeli belah pelbagai barangan keperluan sambutan seperti pakaian, perhiasan, makanan dan lain-lain. RJ Kishen turut menyelami persiapan sambutan Deepavali bersama-sama masyarakat india di Jalan Tengku Kelana dengan membawakan liputan khas kemeriahan persiapan sambutan secara langsung di MINNALfm. Antara aktiviti menarik yang diaturkan MINNALfm di lokasi adalah rakaman ucapan Hari Deepavali serta mendekatkan pendengar setia MINNALfm untuk mengetahui perkembangan terkini MINNALfm dengan LIKE dan FOLLOW media sosial rasmi.