Limpahan Cahaya Deepavali MINNALfm 2023



Diterbitkan pada 07 Nov, 2023

7 NOVEMBER 2023 - Program Limpahan Cahaya Deepavali MINNALfm 2023 berlangsung di lobi Wisma Radio, Angkasapuri Kota Media dengan meraikan 20 pelajar keluarga B40 daripada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Saraswaty, Jalan Kelang Lama. Pelbagai bantuan khas sempena perayaan Deepavali seperti pakaian dan wang tunai disalurkan kepada pelajar-pelajar ketika majlis ini. Majlis ini dimeriahkan dengan kehadiran Encik Saifuzzaman bin Yusop (Pengarah Bahagian Program Radio), Puan Norfadzilah binti Hashim (Timbalan Pengarah Bahagian Program Radio), Encik Kamal bin Roslim (Pengarah Bahagian Pemasaran Dan Promosi), Puan Rohiny Subramaniam (Pengurus MINNALfm) , Para Penaja serta Guru SJKT Saraswaty dan kakitangan MINNALfm. Persembahan tarian daripada Vehaara Arts serta persembahan muzik tradisional nadaswaram menyerikan lagi program Limpahan Cahaya Deepavali MINNALfm 2023.