Raikan Deepavali bersama MINNALfm & OLI



Diterbitkan pada 11 Nov, 2023

11 NOVEMBER 2023 & 12 NOVEMBER 2023 - MINNALfm dan OLI bekerjasama bersiaran secara serentak dengan pelbagai kandungan menarik sempena sambutan Deepavali di Malaysia dan Singapura. Rancangan ini menampilkan RJ Rafi, (OLI) dan RJ Kishan dan RJ Ashwinniie (MINNALfm) yang bersiaran pada pukul 10.05 malam ambang Deepavali serta bersama RJ Ravi (OLI), RJ Tresa dan RJ Pavvin (MINNALfm) pada 12 November 2023 (Hari Deepavali) pukul 8.10 pagi.