தண்ணீர் பந்தல் #jomsanthippom #vetrivel2024 #minnalfmmalaysia



Diterbitkan pada 20 Jan, 2024

20 JANUARI 2024 BATU CAVES - Sempena Hari Thaipusam yang bakal disambut oleh masyarakat hindu pada 25 Januari 2024, MINNALfm tampil tahun ini dengan menyajikan makanan secara percuma kepada lebih 1,000 penganut serta pengunjung yang hadir ke Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves. Selain memberikan makanan, penganut serta pengunjung berpeluang bertemu RJ MINNALfm iaitu RJ Prema, RJ Mohan, RJ Theyv, RJ Buvana, RJ Ravin dan RJ Ashwinniie. Antara makanan yang disediakan ialah idli, Idiyappam, Vadai, Laddu, Kesari, Sambar, Chutney serta teh dan kopi dihidangkan secara panas. Rata-rata penganut serta pengunjung yang hadir sangat berpuas hati dengan makanan yang disediakan serta gembira kerana berpeluang bertemu, bergambar serta beramah mesra bersama RJ kegemaran mereka. RJ MINNALfm serta Team Media Sosial MINNALfm turut terlibat dalam rakaman video sempena Thaipusam di sekitar pekarangan Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves.