#jomsanthippom - Sambutan Hari Radio Sedunia 2024 bersama pelajar SJK(T) Kg Pandan



Diterbitkan pada 06 Feb, 2024

6 FEBRUARI 2024 KUALA LUMPUR - Sempena Hari Radio Sedunia 2024, MINNALfm bersiaran langsung dari SJK(T) Kg Pandan, Jalan Thaver, Kuala lumpur. Pelbagai bakat terpendam pelajar ditampilkan dalam program yang berlangsung selama sejam dari pukul 8.00 pagi hingga 9.00 pagi dalam segmen Kalai Kathir. Turut dianjurkan kuiz pengetahuan am bersama lebih 200 pelajar SJK(T) Kg Pandan. Kemeriahan sambutan terus dirasai dengan penampilan RJ Mogan dan RJ Ashwinniie yang berkongsi pengalaman menjadi Penyampai Radio MINNALfm serta memperkenalkan 34 stesen Radio RTM kepada pendengar generasi Alpha.