#jomsanthippom - Program menanam pokok paya bakau Sempena Hari Bumi Sedunia



Diterbitkan pada 19 Apr, 2024

19 APRIL 2024 KUALA SELANGOR - Sempena Hari Bumi Sedunia 2024, MINNALfm tampil dengan program menanam 200 anak pokok paya bakau di Taman Alam, Kuala Selangor. Seramai 20 orang terdiri daripada staf MINNALfm serta pelajar UM terlibat dalam usaha murni ini. Program ini juga menjadi platform untuk masyarakat setempat mengenali MINNALfm dan mengetahui kepentingan memelihara serta memulihara alam sekitar. Rata-rata anak muda yang hadir sangat gembira serta teruja dengan program ini kerana pengalaman pertama kali meletakkan kaki dalam lumpur untuk tujuan menanam pokok paya bakau. Penerbit, Sakuntalah berharap program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk memberi pendedahan kepada golongan muda untuk terus mencintai bumi kita.