Mengenai MINNALfm


  • Sejarah

    Penyiaran Tamil telah bermula pada tahun 1946 dan dikenali sebagai Radio Malaya bahagian India. Dalam tahun 1966 siaran daerah diwujudkan di Pulau Pinang, Ipoh, Melaka dan Johor Bahru. Pada tahun 70-an bahagian India ditukarkan nama sebagai Rangkaian Merah. Pada tahun 90-an, siaran Bahasa Tamil di stesyen-stesyen daerah dihentikan dan siaran dikendalikan dari Kuala Lumpur. Selepas itu, siaran saluran 6 melalui gelombang sederhana dihentikan dan dipancarkan melalui Gelombang FM stereo. Radio 6 mula mengadakan siaran 24jam mulai 1hb Julai 1997 untuk melangkah ke arah kecemerlangan. Pada 1hb April 2005 radio 5 dikenali sebagai MINNALfm.

    Nama Stesen: Minnalfm

    Tagline: Muda, Segar, Ceria

    Tempoh: 24 Jam

    Sasaran: Umur (5 Tahun – 60 Tahun)

    Bangsa (Masyarakat India) Bahasa: Bahasa Tamil

    Liputan: Seluruh Semenanjung Malaysia

    Klasifikasi:

    • Hiburan Berinformasi 70%
    • Maklumat 30%

     

  • Carta Organisasi

  • Visi, Misi dan Objektif

    VISI

    • Menjadi Benchmark bagi stesen radio berbahasa tamil di dunia.

    MISI

    • Menyalurkan mesej kerajaan kepada rakyat Malaysia disamping menghidangkan rancangan dan maklumat yang memenuhi citarasa pendengar tempatan dan luar negara.


    OBJEKTIF

    • Menyalurkan mesej kepada rakyat dengan pendekatan tepat, padat dan terkini.
    • Mendekati pendengar tempatan melalui rancangan-rancangan bercorak infotaimen.
    • Mewujudkan kumpulan pendengar di setiap kawasan yang mempunyai penduduk india yang padat di Malaysia.
    • Mewujudkan kumpulan pendengar MINNALfm di merata dunia.
    • Menggunakan bahasa tamil yang standard dan penyampaian yang berkualiti.
    • Mengeratkan lagi hubungan dengan pendengar melalui aktiviti radio di lokasi atau "Road Show".